Bilik Kegemaran Tetamu

room 1
Anjung 1
RM308semalam (offpeak)

Bilik Keluarga Bilik untuk keluarga kecil. Mempunyai dua katil berkembar, satu ruang tamu bagi keluarga bersantai di bilik sambil menikmati pemandangan laut dan tiupan angin yang segar.

  • Televisyen
  • Dek persendirian
  • Penghawa dingin & Kipas
  • Peti sejuk kecil
Lagi
room 2
Banglo
RM495semalam (offpeak)

Rumah Keluarga 3 bilik dan bilik air. Mempunyai ruang tamu yang luas dan balkoni untuk tetamu bersantai di luar rumah. Turut mempunyai pemandangan laut.

  • Televisyen
  • Peti Sejuk
  • Balkoni
  • Penghawa dingin & Kipas setiap bilik
  • Pemanas air
Lagi
room 3
Seraya
RM210semalam (offpeak)

Bilik Keluarga Bilik mempunyai 2 katil berkembar. Sesuai untuk kumpulan atau keluarga yang kecil. Balkoni yang mempunyai pemandangan laut.

  • 2 katil berkembar
  • Penghawa dingin & Kipas
  • Bilk air
  • Pemanas air
Lagi

Kemudahan & keselesaan untuk anda..

Dekat Lapangan Terbang

Penginapan kami tidak jauh dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Mudah bagi anda untuk menggunakan perkhidmatan teksi memandangkan kebanyakan pemandu sangat kenal untuk ke Anjung.

Lagi

Persekitaran yang tenang

Walaupun tidak jauh dari bandar Kuala Terengganu, tetapi lokasi kami adalah di kampung Seberang Takir. Oleh itu, anda akan merasai suasana kampung apabila berada di sini.

Lagi

Berhampiran tempat menarik

Kuala Terengganu mempunyai beberapa tempat menarik seperti Pasar Payang, tempat membuat keropok lekor, Muzium, Taman Tamadun Islam. Kami terletak di tengah tempat-tempat menarik ini.

Lagi

Tempat Persinggahan

Kami seringkali menjadi tempat persinggahan bagi pengunjung yang ingin ke pulau-pulau di Negeri Terengganu atau ingin melakukan aktiviti mencadat sotong dan memancing.

Lagi

Anjung Pantai Anjung Pantai

santai..ceria dan tenang!
Lihat Bilik

Apa kata tetamu kami..

Anjung Pantai

Anjung Pantai Seberang, chalet di tepi laut Terengganu menyediakan penginapan kepada yang berkunjung ke Kuala Terengganu. Kami melakukan yang terbaik dalam memberikan penginapan selesa agar anda memperolehi pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan.

Resepsi Chalet tepi pantai di Kuala Terengganu, kini Daerah Kuala Nerus ini sering menjadi tumpuan terutama semasa musim cuti persekolahan termasuk cuti umum, Konvokesyen atau pendaftaran di Pusat Pengajian terdekat dan musim perayaan. Oleh itu, tempahan awal dialu-alukan.

Terdapat beberapa aktiviti di persekitaran penginapan ini. Setiap rabu, terdapat pasar malam dibuka yang menyediakan pelbagai barangan dan juadah tempatan. Pada musim tertentu, terdapat aktiviti memancing di persisiran pantai.
Walaupun tiada cafe di chalet, akan tetapi amatlah mudah untuk ke kedai-kedai makan yang berdekatan dengan pilihan juadah tempatan yang enak dan menyelerakan.

Terdapat juga tempat-tempat tarikan di persekitaran yang tidak jauh dari Anjung Pantai Seberang. Bagi yang ingin merasa ikan celup tepung, hanya 5 minit memandu ke kawasan ICT di Teluk Ketapang. Ingin menaiki bot ke Pasar Payang, juga 5 minit memandu ke jeti Ulu Takir.

Terdapat banyak pilihan tempat-tempat makan di Seberang Takir. Malah kini jika ingin ke pasaraya, tidak perlu lagi ke bandar Kuala Terengganu.
Anjung Pantai Seberang sebuah penginapan di Seberang Takir buat masa ini belum menyediakan sebarang pakej.

Anjung Pantai Seberang, kesegaran bayu pantai di pagi hari dan kedinginan bayu laut di malam hari...