This will be replaced with the Google Map.

Berkunjung ke Terengganu

Lapangan Terbang Kuala Terengganu


Anjung Pantai Seberang adalah berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu . Jangkaan masa adalah kira-kira hanya 5 minit memandu ke Anjung Pantai. Terdapat perkhidmatan teksi di lapangan terbang dan berita baiknya adalah kebanyakkan pemandu sangat kenal dengan kami memandangkan sering menghantar tetamu ke sini. Sekiranya anda ingin bantuan dalam menguruskan perkhidmatan teksi, sila maklumkan kepada kami lebih awal.

Lapangan Terbang


Malaysia Airlines melakukan 3 kali penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Kuala Terengganu setiap hari. Manakala Fireflyz melakukan 6 penerbangan setiap hari ke Kuala Terengganu dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang

AirAsia membuat 6 kali penerbangan ke Kuala Terengganu dari KLIA II di Sepang. Malindo terbang 6 kali setiap hari ke Kuala Terengganu dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Anda boleh menyemak jadual penerbangan di laman web syarikat-syarikat penerbangan ini.