This will be replaced with the Google Map.

Tempat menarik di Terengganu

Terdapat banyak tempat menarik di Kuala Terengganu. Lagi mudah untuk ke tempat-tempat ini kerana semuanya berdekatan dengan Anjung Pantai Seberang.

Pantai Teluk Ketapang
Ikan Celup Tepung

Kira-kira 3 minit memandu ke Teluk Ketapang. Satu lagi pantai di mana anda boleh berehat sambil menikmati pemandangan yang indah.

Sekiranya anda suka berjalan-jalan, anda boleh menyusuri pantai ke sana yang mana hanya mengambil masa kira-kira 20 minit sahaja.

Teluk Ketapang mempunyai tempat-tempat makan yang menghidangkan juadah seperti Ikan Celup Tepung atau dikenali juga dengan nama ICT.

Peta Teluk Ketapang

 

Peta UnisZa
Unisza

Terdapat banyak pusat pengajian di Terengganu. Antara universiti yang terkenal di sini adalah Universiti Sultan Zainal Abidin juga dikenali dengan nama Unisza. Ia merupakan salah satu pusat pengajian tempatan yang terawal di Negeri Terengganu.

Universiti Malaysia Terengganu lebih dikenali dengan UMT, pada mulanya merupakan Pusat Sains Perikanan dan Marin, Universiti Putra Malaysia. Ia akkhirnya diberikan status universiti iaitu Universiti Malaysia Terengganu.

Bergantung kepada laluan, ia mengambil masa 14 minit pemanduan ke Unisza dan 16 minit ke UMT.

Universiti Malaysia Terengganu
Peta UMT

 

Peta Bukit Tok Beng

Terengganu menyediakan pelbagai pilihan masakan yang lazat. Dari Aiskrim goreng yang manis hinggakan rasa lemak otak-otak dan satar. Tidak lupa juga masakan terkenal Terengganu, Nasi Dagang dan Keropok Lekor. Anda juga boleh merasai hidangan lazat seperti Nasi Kerabu, Nasi Minyak, Pulut Lepa, Ketupat Sotong dan banyak lagi pilihan.

Tempat membuat keropok lekor di Kampung Bukit Tok Beng terletak tidak jauh dari Anjung Pantai.

Keropok Lekor
Nasi Dagang Terengganu

 

Peta Pulau Duyong

Industri pembinaan bot di Pulau Duyung adalah tempat anda boleh menyaksikan pembinaan bot-bot tradisional. Kemahiran yang unik boleh dilihat apabila tukang-tukang binaan membina bot yang kukuh tanpa memerlukan pelan binaan.

Pembinaan yang penuh perhatian, halus dan terperinci serta ketepatan kerja menunjukkan kemahiran tukang binaan yang tidak ternilai dalam mebina bot tradisional yang unik dan megah. Tukang binaan inilah menjadi sebahagian daripada warisan Terengganu dalam kesenian pertukangan.

lawati Pulau Duyong dengan memandu 9 minit dari chalet menyeberangi jambatan Sultan Mahmud.

membina bot tradisional di pulau duyong
Kubu Duyong

Taman Tamadun Islam
Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam

TTI singkatan kepada Taman Tamadun Islam mempunyai 22 monumen masjid-masjid terkenal yang menunjukkan ketibaan, pembangunan dan kejayaan Islam di negara-negara. Monumen masjid-masjid di serata negara termasuk Asia, Benua Eropah dan Afrika termasuklah Masjidil-Haram dan Masjid Nabawi.

Terletak di Pulau Wan Man, Masjid Kristal juga terletak di taman ini.

Anda boleh sampai dalam masa 20 minit memandu ke TTI.

Peta TTI

 

Muzium Terengganu
Pameran Keris di Muzium Terengganu

Dalam perjalanan ke Taman Tamadun Islam, anda akan berjumpa dahulu Muzium Negeri Terengganu di Kampung Losong. Muzium ini adalah muzium yang terbesar di Malaysia di mana empamerkan artifak dan kesenian bersejarah.

Di dalamnya, terdapat pelbagai bahan-bahan bersejarah yang menunjukkan identiti Negeri Terengganu kaya dengan warisan yang berwarna-warni. Terdapat beberapa galeri seperti Galeri Islam, Galeri DiRaja dan Galeri Kraf Kesenian.

Muzium Negeri Terengganu sentiasa menjalankan pelbagai aktiviti yang mempamerkan artifak danmaklumat bersejarah di mana dapat memberikan pengetahuan berharga tentang asal-usul dan sejarah.

Ia mengambil masa 18 minit pemanduan dari Anjung Pantai Seberang.

peta Muzium Terengganu

 

Peta Losong

Jika anda ingin mencari Keropok Lekor, pastinya anda perlu ke Losong.

Ia merupakan salah satu kampung yang tertua di Terengganu. Apa yang menarik pada tempat ini adalah kebanyakkan nama-nama jalan di sini diambil sempena nama-nama penduduk yang terawal di sini. Terdapat Kampung Losong Haji Long, Kampung Losong Panglima Perang, Kampung Losong Atap Zin, Kampung Losong Haji Amar, Kampung Losong Haji Mat Shafie, Kampung Losong Haji Awang, Kampung Losong Megat Husin dan lain-lain.

Kampung Losong Haji Su adalah di mana terdapat banyak kedai-kedai menjual Keropok Terengganu. Ia sehala jalan ke Muzium dan 18 minit pemanduan dari chalet.

Keropok dijual di Losong
Rumah tradisional di Losong

 

Peta Waterfront

Terletak di Pulau Kambing Kuala Terengganu, Waterfront atau lebih dikenali dengan nama KT Waterfront adalah taman awam yang dibina di tepi Sungai Terengganu.

Ia menawarkan pelbagai kemudahan kepada pengunjung seperti tandas awam, Jam Menara, Surau, restoren dan lain-lain. KT Waterfront juga terkenal sebagai tempat kaki pancing berkumpul di hujung minggu. Suasana meriah pada waktu malam terutama pada Sabtu dan Jumaat.

Dari Anjung Pantai Seberang, anda boleh sampai ke sini dalam masa 22 minit memandu.

Waterfront Kuala Terengganu
Pemandangan Waterfront

 

Pulau Warisan
Lorong di Kampung Cina

Kampung Cina Kuala Terengganu, kini dikenali dengan nama Pulau Warisan adalah sebahagian dari sejarah pembinaan warisan Terengganu. Beberapa bangunan di sini telah berusia lebih dari 100 tahun yang mempunyai rekabentuk penjajahan Pra Perang Dunia ke dua.

Kini mempunyai tarikan terbaharu dikenali sebagai I-City di mana pengunjung boleh menikmati pemandangan yang indah apabila berjalan-jalan sepanjang laluan di tepi sungai.

Lawati Kampung Cina untuk melihat sejarah pembinaan warisan Terengganu. Anda hanya perlu memandu 22 minit untuk ke sini.

Peta Kampung Cina

 

Peta Pasar Payang

Dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Pasar Payang, pasar yang terletak di tepi Sungai Terengganu adalah salah satu tarikan utama pelancong ke negeri ini.

Menawarkan pelbagai pilihan barangan tempatan dengan harga yang berpatutan. Anda boleh mengalami sendiri keseronokan tawar-menawar di sini untuk mendapatkan harga yang menarik. Di sinilah anda boleh mendapat barangan tradisi seperti batik, sutera, songket dan tembaga serta makanan segar.

Alami keseronokan membeli-belah bersama-sama dengan penduduk tempatan sambil melihat budaya kehidupan harian penduduk di sini.

Apa yang menarik adalah anda boleh merasai menaiki bot penambang ke Pasar Payang dari jeti yang tidak jauh dari Anjung Pantai.

Anda juga boleh memandu ke sini dengan hanya 20 minit dari chalet.

Pasar Payang Kuala Terengganu
Kedai batik di Pasar Payang

 

Istana Maziah Kuala Terengganu
Bukit Puteri Kuala Terengganu

Berdekatan Pasar Payang terletaknya Istana Maziah. . Istana rasmi Sultan Terengganu dan terletak di kaki Bukit Puteri.

Tidak beberapa jauh dari Istana Maziah, anda boleh ke Bukit Puteri. Pada suatu masa dahulu pada abad ke 16 menjadi satu tempat strategik pertahanan kerajaan Terengganu menghadapi musuh dari arah laut. Terdapat mitos berkenaan bukit tersebut berkenaan seorang Puteri yang tinggal di situ. Sering meminjamkan pinggan mangkuk Istana kepada rakyat jelata. Tetapi akhirnya melarikan diri kerana merajuk akan sikap rakyatnya yang tidak mengenang budi kerana tidak memulangkan kembali hartanya.

Berhadapan Istana Maziah pula terdapat Jeti ShahBandar. Jeti ini adalah tempat di mana penumpang-penumpang menaiki bot untuk ke Pulau Redang.

Peta Istana Maziah

 

Peta Batu Burok

Batu Burok satu lagi pantai yang terkenal di Terengganu. Anda boleh mengambil angin dan bersantai sambil menikmati pelbagai juadah yang dijual di sini. Hanya perlu memandu selama 20 minit dari Anjung Pantai Seberang..

Terdapat banyak aktiviti dijalankan di sini saban hari terutama pada hujung minggu. Pusat kebudayaan bermula di sini dan permainan tradisional, persembahan sering dilakukan terutama pada hari Jumaat dan Sabtu.

Terdapat taman di mana ramai penduduk bersenam setiap pagi sambil menikmati keindahan pemandangan matahari terbit.

Pantai Batu Burok
Menara Pantai Batu Burok

 

Peta Masjid Terapung

Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Terengganu dikenali di kalangan penduduk tempatan sebagai Masjid Terapung kerana keunikan rekabentuknya yang seolah-olah terapung di permukaan air.

Dibina dengan indah di atas tiang konkrit di sebuah tasik buatan yang mengalir ke Sungai Ibai di Kuala Terengganu.

Mengambil sempena nama bonda kepada Sultan Mahmud AI Muktafi Billah Shah sebagai tanda peringatan.

Berdekatan dengan Batu Burok, ia hanya mengambil masa 26 minit untuk memandu ke sini dari chalet.

Masjid Tengku Tengah Zaharah
Tasik Buatan di Kuala Ibai