This will be replaced with the Google Map.

Terengganu Darul Iman

Tempat menarik di Negeri Terengganu

Terengganu, bermulanya Tamadun Melayu. kaya dengan kebudayaan melayu dan warisan yang unik. Di sini bermulanya Islam diterima oleh orang-orang melayu, dikatakan lebih awal dari kebanyakan negeri di Tanah Melayu. Sehingga sekarang kebanyakkan penduduk negeri ini masih memegang kepada budaya dan adat melayu. Mementingkan adab dan kesopanan, anda akan dapati kemesraan penduduk tempatan yang sangat mengalu-alukan kedatangan tetamu.

Terengganu mempunyai air terjun tertinggi di Malaysia. Setinggi 305 meter, air terjun di Chemerong yang terletak 30km dari Bandar AI Muktafi Billah Shah, Dungun. Kaya dengan alam semulajadi dan kehidupan liar di mana anda boleh melakukan aktiviti lasak dan mencabar seperti merentas hutan menuju ke air terjun yang dengan megahnya melata setinggi 305 meter.

Di mana lagi anda boleh melihat pokok Cengal yang terbesar dan tertua di Malaysia? Kalau bukan di Terengganu! Pokok Cengal Besar di Hutan Lipur Pasir Raja berusia 1,300 tahun dan berdiameter 16.75 meter. Berdekatan dengan sempadan Taman Negara, Hutan simpan Terengganu sangat kaya dengan flora dan fauna.

Di Terengganu, anda boleh melihat pelbagai habitat, lagun, paya, delta, paya gambut dan hutan. Tanah lembap di Setiu, berfungsi sebagai tempat burung-burung mencari makan dan persinggahan serta berhijrah mengikut musim tertentu.

Antara bulan Mei hingga September setiap tahun, anda boleh melihat penyu bertelur di persisiran Teluk Mak Nik, Kemaman.

Terengganu terkenal dengan pembuatan Songket and Batik yang halus. Dibuat dari bahan yang berkualiti, rekaan coraknya adalah kotemporari dan menarik. Bukan itu sahaja, Terengganu juga terkenal dengan pertukangan yang indah. Ukiran kayu yang cantik dan teliti berinpirasikan corak yang kaya dengan flora dan keIslaman. Anda juga boleh menyaksikan hasil kesenian ukiran ini di rumah-rumah tradisional, Istana-istana lama dan kebanyakkan bangunan di Terengganu.

Terengganu "Negeri cantik, Budaya menarik"

Anjung Pantai Seberang terletak di Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu. Lokasi premium kami adalah di tengah-tengah tempat tarikan Kuala Terengganu. Jarak perjalanan juga tidak jauh dari tempat-tempat menarik di ini.