This will be replaced with the Google Map.

Anjung Pantai Seberang


*Sila ambil maklum bahawa kadar terbaharu telah dikemaskini bermula Januari 2015.

 

Alami percutian aman dan permai di Anjung Pantai Seberang, chalet Terengganu di tepi pantai. Penginapan di Seberang Takir yang sederhana terbentuk dari beberapa butik chalet yang mempunyai satu persamaan - kedudukan semua bilik yang tidak jauh dari pantai Seberang Takir. Suasana kampung yang damai dapat menenangkan jiwa dan merehatkan minda anda. Anda pasti akan diulit dengan tiupan bayu yang sepoi-sepoi bahasa. Dengarkan deruan ombak dan pandangan kawasan luas berpasir pantai dari bilik penginapan anda.

Dari lokasi premium kami, anda boleh berjalan di persisiran pantai, merasai pasir di telapak kaki anda. Bersama keluarga menikmati keindahan ombak yang memecah pantai. Alami suasana kampung nelayan yang aman.

Kawasan chalet yang luas memberi ruang untuk anak-anak kegirangan bermain pasir pantai di halaman. Ia adalah satu percutian keluarga yang menggembirakan.

Sekiranya anda gemar berkelah atau melakukan aktiviti luar, kami menyediakan ruang dan tempat BBQ di halaman. Rasai keseronokan menjamu selera sambil menikmati udara malam yang segar di Anjung Pantai Seberang.

Binaan chalet-chalet kayu Anjung Pantai Seberang berdekatan dengan pantai, agar anda boleh bersantai, ceria dan tenang. Anda boleh berehat di tempat-tempat yang disediakan sambil membaca buku kegemaran anda, melayari internet atau hanya berehat sambil menikmati pemandangan. Pilihan ditangan anda.

Jadi bila anda ingin berkunjung ke Terengganu dan mencari chalet tepi pantai Kuala Terengganu, jemputlah ke Anjung Pantai Seberang di mana anda boleh nikmati kesegaran bayu pantai di pagi hari dan kedinginan bayu laut di malam hari.

Kami gembira menerima anda.